Sejak kebelakangan ini, terutamanya dalam menempuh semester ke 2 di IIUM sebagai student jurusan Undang-undang, saya tiba-tiba dapat merasakan satu alunan ombak yang sangat kuat ditempuhi oeh mahasiswa kini. saya secara bersendiri dapat merasakan ombak yg melanda. Kawan2 sejurusan saya sendiri juga tidak terlepas menjadi antara kelibat meninggikan ombak ini.
saya pasti perkara ini sedikit sebanyak adalah pengaruh dripada AUKU seksyen 15. Pemansuhan seksyen 15 AUKU membawa satu gelombang baharu kepada golongan mahasiswa yang dahgakan kebebasan bersuara dari dahulu lagi?
Secara personalnya, saya sendiri gembira dengan pemansuhan ini.kerana akhirnya suara Mahasiswa yang sebelum ini yang saya rasakan tersekat dan juga kebebasan berpolitik terbantut dan terbatas dibuka seperti banduan dilepaskan dari penjara.
saya sebnarnya takut2 dan kurang yakin untuk menulis post ini tetapi saya punya persepsi sendiri untuk perkara ini walaupun sudah boleh di anggap lapuk. Hasil dari insiden ini, Mahasiswa telah mula mengorak langkah. Saya tidak kisah jika langkah itu adalah langkah yang bijaksana tetapi apa yang berlaku adalah kurang bijaksana sebgai pemimpin mahasiswa. kekecohan demi kekecohan berlaku tatkala kebebasan berpolitik dibenarkan. seriously this is not what we wanted it to be.
saya melihat pada msa depan jika mahasiswa2 ini menamatkan pelajaran dan menjadi ahli politik, ada dua perkara yang akan terjadi bila mana mereka menjawat jawatan tersebut. yang pertamanya, jika di peringkat universiti mereka telah bertindak agresif dan "over the limit" then the same character they will bring with them while being a politician. assumption ke2 saya adalah mungkin apabila mereka menjadi ahli poitik kelak, mereka akan melihat kebodohan mereka sewaktu menjadi mahasiswa dan bertindak membetulkan sikap menjadi seorang yang lebih baik.
mungkin apa yang saya katakan ini bukan idea yang bernas dan terbaik tapi ini saja yang dapat dikronolgi oleh minda insan kerdil.
jika perkara ke2 berlaku, maka itu adalah sesuatu yang bagus untuk masa depan tetapi buat masa sekarang mahasiswa itu patut dilabel sebgai TRANGRESSOR. untuk perkara ke2 ini juga, probability utk berlaku adalah tipis boleh saya katakan. utk perkara pertama, kalau boleh kita minta simpang la ye.
Rentetan peristiwa2 yang berlaku antaranya demonstrasi melibatkan pergaduhan, menurunkan bendera dan mengugut pemimpin sperti Datuk Saifuddin Ali untuk meletakkan jawatan, saya sedikit sebanyak nampak akan kesan dan kepentingan AUKU itu bertapak sebagai undang2 mahasiswa. Bukan niat saya untuk menyokong mana2 parti tetapi itulah jalan yang saya nampak.
walaubagaimanapun, perkara akan jadi sebaliknya jika AUKU itu terus bertapak. saya rasa pembaca sudah sedia maklum dari implikasi AUKU berdiri sebagai pak guard kepada mahasiswa. mahasiswa ROBOT akan tercipta. AM I RIGHT? it may be right may be wrong. tapi itu lah implikasinya bagi saya kerana bagi saya apa yang berlaku telah terjadi dalam politik mahasiswa membuatkan saya berfkir sebagai seorang yang dewasa dan lebih kreatif.
saya pernah terbaca idea yang mengatakan jika jalan yang sepatutnya sudah diambil tetapi pihak berkuasa besikap "buat do know" ada relevan lah kiranya cara "hardcore" diaplikasikan. itu ada betulnya jika diaplikasikan dalam konsep tindakan mahasiswa saya rasa tapi persoalan juga perlu di bangkit adakah mereka layak berbuat begitu? jika ya, teruskan.
akhir sekali, saya sendiri takut jika satu hari diangkat sebagai pemimpin mahasiswa walaupun itu adalah perkara mustahil. takut saya juga menjadi trangressor. bagi saya walau baik mna pun dasar sesebuah perjuangan, tindakan itu perlu melambangkan tindakan mahasiswa. teringat kepada satu konsep yang saya blajar dalam Islamic legal system II, jika seorang pemimpin itu fasik dimana dia layak untuk digugurkan sebgai pemimpin tapi dia sendiri tidak mahu berbuat demikian, pihakk yang melantik itu layak untuk membatalkan kuasa beliau tetapi jika tindakan membatalkan itu akan melibatkan satu bencana yang dasyat, perkara itu perlu dipertimbangkan. jika diaplikasikan di dalam konsep AUKU ini,menimbangkan antara baik dan buruk pemansuhan AUKU adalah perkara pertama perlu dilakukan sebelum membuat keputusan memansuhkan atau tidak.
* saya secara personal tidak berniat untuk membelahi mana2 parti dan lebih suka untuk berfikir di tengah2.
quoting my madam quote " dont say something u dont know otherwise that will make u look fool". jika perkara yang saya cakap dia atas adalah salah, anda layak utk memperbodohkan saya.